Sarawak FA kalah lagi, kali ini dijinakkan oleh UiTM FC 2-0 0 3404

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak, Ian Andrew Gillan ternyata amat kecewa dengan kekalahan 2-0 skuadnya di pangkuan pasukan berstatus kelab, UiTM FC pada aksi Liga Premier 2018 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini petang semalam.

Katanya, ia keputusan yang amat mengecewakan kerana pasukan kita mempunyai sekurang-kurangnya sembilan peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun tidak satupun berjaya dihasilkan.

“Kita berada dalam kedudukan yang baik untuk mencatat kemenangan namun penyudah kurang berkualiti untuk menjaringkan gol.

“Pemain-pemain nampak kurang bertenaga dan kadang-kadang hilang ketenangan apabila berada di hadapan gol lawan,” katanya ditemui selepas perlawanan di sini lewat petang semalam.

Sarawak sepatutnya berada di depan pada minit pertama apabila penyerang berbisa, Bobby Gonzales berjaya menewaskan penjaga gol UiTM FC, Mohd Soffuan Tawil dalam situasi satu lawan satu namun pemain kelahiran Sabah itu gagal menghasilkan jaringan.

Dua minit kemudian, giliran perancang tengah, Milos Raickovic melakukan percubaan namun rembatan kencangnya ditepis keluar oleh penjaga gol pasukan pelawat.

Bagaimanapun, UiTM FC sekali lagi terselamat apabila rembatan padu penyerang import – Mateo Roskam dari jarak dekat sekadar menggegar tiang gol lawan pada minit ke-20.

Tuah memihak kepada pasukan pelawat apabila rembatan kencang pemain import dari Korea, Sang Nim Noh gagal ditepis keluar oleh penjaga gol Sarawak, Mohamad Firdaus Muhamad pada minit ke-53.

Pemain gantian, Mohd Zulkiffli Zakaria menambah derita Sarawak dengan meledakkan gol kedua UiTM FC pada minit ke-90. Kedudukan itu kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Ini adalah kekalahan kelapan Sarawak dalam kempen Liga Premier musim ini yang hanya berbaki tiga perlawanan untuk ditamatkan.

Setakat ini, skuad Sarawak mengumpul 19 mata daripada 17 perlawanan dan kekal di tangga ketujuh.

Skuad Ngap Sayot akan meneruskan kempen Liga Premier 2018 dengan menentang Felda United FC pada 17 Julai ini di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15315

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8406

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news