Paras air semakin merosot, penduduk dinasihati berjimat cermat guna air 0 5824

MUKAH: Penduduk di sini dinasihati agar mula berjimat cermat apabila menggunakan air dalam kehidupan seharian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) telah memaklumkan bahawa paras air semakin merosot akibat musim kemarau.

“Musim kemarau tidak dapat dielakkan dan pihak JBALB juga memaklumkan bahawa paras air juga semakin merosot,” katanya pada penyerahan tangki air kepada lapan rumah panjang dan kampung di sepanjang Batang Igan baru-baru ini.

Sebanyak 196 tangki air diagihkan mengikut keperluan dan bilangan penduduk di kawasan dimaksudkan.

Turut hadir Residen Mukah Hamdiah Bakir dan Pegawai Daerah Matu Wan Hipni Wan Mohamad.

Menurutnya, pemberian tangki air itu merupakan salah satu kemudahan supaya penduduk di kawasan itu dapat menggunakannya dan memudahkan aktiviti harian mereka.

Walaupun sementara, ia diharap dapat memenuhi keperluan penduduk kerana projek perpaipan akan menyusul setelah jalan di kawasan itu siap kelak.

“Projek perpaipan turut termasuk di kawasan Kampung Kebuaw, tetapi ia akan menyusul setelah jalan raya dari Igan ke Sungai Ilas dan ke Bungan Kecil siap nanti,” jelasnya.

Pada masa sama, Juanda turut mengalu-alukan aduan daripada akar umbi tetapi hendaklah berserta laporan dan bukti.

Ini bagi memastikan aduan berkenaan bukanlah aduan palsu dan tindakan segera dan tepat boleh diambil.

Tambahnya, ia merupakan salah satu cara kerja yang diamalkan di bawah kerajaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang amat mementingkan kesejahteraan rakyat. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news