Rangka manusia dengan kesan terbakar dijumpai di Pending 0 6100

KUCHING: Satu rangka manusia dengan kesan terbakar dijumpai di Jalan Pelabuhan, Pending di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai berkata, penemuan itu dibuat oleh dua orang awam yang kemudian melaporkan perkara itu kepada polis.

“Hari ini kita menerima laporan daripada dua orang awam berhubung penemuan rangka manusia.

“Dua orang awam ini dikatakan sedang mencari besi buruk di kawasan terbuka di sebelah Jalan Pelabuhan apabila menemukan rangka manusia yang telah dibakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, tiada sebarang pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Rangka tersebut dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Kes itu diklasifikasi sebagai kes bunuh.

Berita lanjut menyusul

-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12983

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12363

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news