Parlimen Sarawak BN 19 PH 10 Bebas 2 0 5573

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak berhadapan kekalahan terbesar dalam sejarah apabila 12 kerusi Parlimennya tumbang kepada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 hari ini.

Secara tidak rasmi, Parti Tindakan Demokratik (DAP) menang di semua kerusi yang ditandinginya iaitu Parlimen Mas Gading, Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang dan Sibu.

Pakatan Harapan – Parti Keadilan Rakyat pula mengekalkan Parlimen Miri, selain merampas Parlimen Puncak Borneo, Saratok, dan Selangau.

Calon Bebas, Larry Sng pula berjaya mengalahkan calon Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum manakala Jugah Muyang memadamkan mimpi Robert Pasang Alam di Parlimen Lubok Antu.

Ini bermakna PRS kalah tiga daripada enam kerusi yang ditandingi manakala Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hanya mampu mengekalkan Parlimen Serian menerusi calonnya, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Parti Demokratik Progresif (PDP) pula tumbang di Parlimen Mas Gading dan Saratok.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pula tumbang satu kerusi, iaitu di Parlimen Puncak Borneo.

Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Openg ketika ditemui malam ini, memberitahu beliau tidak sangka mengalami kekalahan sebesar itu.

“Namun kita masih menang di Sarawak,” katanya lagi yang hanya akan membuat komen selepas mendapat pengumuman rasmi.–Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13533

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news