Pasangan suami isteri ditangkap polis di Bintulu kerana edar dadah 0 6050

BINTULU  – Polis memberkas sepasang suami isteri warga Indonesia kerana disyaki mengedar dadah di sebuah rumah sewa di Jalan Sungai Nyigu, Hill Top Villa, di sini petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintenden Sahar Abdul Latif berkata, suspek masing-masing berusia 45 dan 29 tahun ditahan kira-kira pukul 1.30 petang.

Menurut beliau, serbuan itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan polis berhubung kegiatan pengedaran dadah yang dilakukan suspek di sekitar bandar ini.

“Hasil serbuan, polis merampas 13 peket lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 53 gram.

“Turut dirampas ialah peralatan digunakan untuk membungkus dadah,” katanya ketika dihubungi, di sini malam ini.

Beliau berkata, nilai dadah dirampas dianggarkan RM7,200.

Katanya, polis turut merampas sebuah kereta jenis Kia Spectra dipercayai diguna suspek untuk mengedar dadah.

Mengulas lanjut, Sahar memberitahu, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu di sekitar bandar lama Bintulu dan di Sungai Nyigu di sini.

“Siasatan mendapati pasangan suami isteri berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13404

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news