Pecah masuk rumah sewa, senapang patah antara barang lesap di Sibu 0 5986

SIBU: Selaras senapang patah antara barangan yang hilang dalam kejadian pecah masuk sebuah rumah di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini yang menyebabkan penyewanya mengalami kerugian kira-kira RM5,000, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pengadu, 41, yang bekerja sebagai pastor menyedari kejadian tersebut ketika sampai dari Limbang sekitar jam 11.30 malam.

Mangsa mendapati pintu utama hadapan rumah sewanya dalam keadaan terbuka dan tidak berkunci.

Bertindak atas laporan pengadu, pihak polis bergegas ke rumah sewa pengadu, kata Stanley.

“Ketika pihak polis sampai, pengadu telah memeriksa keadaan di dalam rumah dan mendapati barang-barang termasuk dua unit komputer riba, satu unit televisyen 21 inci, selaras senapang patah dan 12 butir peluru pelbagai jenis (12 bore) telah hilang,” ujarnya ketika dihubungi pemberita semalam.

Stanley berkata, menurut pengadu senapang patah dan peluru adalah miliknya yang diwarisi daripada bapanya serta mempunyai lesen sah daripada Pejabat Daerah Belaga.

“Suspek telah pecah masuk melalui cermin tingkap belakang rumah dan jeriji besi telah dibengkokkan.

“Suspek kemudian keluar melalui pintu utama rumah yang dibuka dari dalam,” ujarnya.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 35 Akta Senjata Api 1960. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13153

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12622

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news