Tabung Harapan cecah RM200 juta 0 5897

Tabung Harapan mencapai angka lebih RM200 juta di minggu terakhir sebelum penutupannya.

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, setakat jam 3 petang hari ini, sebanyak RM 200,032,580.24 telah berjaya dikumpul oleh tabung tersebut.

Kementerian melalui Facebook rasminya mengucapkan terima kasih kepada penyumbang.

“Syabas rakyat Malaysia,” menurut status di media sosial itu.

Tabung Harapan akan ditutup 31 Disember ini.

Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu untuk membantu negara melalui derma rakyat bagi mengukuhkan kewangan kerajaan.

Tabung itu diperkenalkan selepas kerajaan baru mendakwa mewarisi hutang negara mencecah RM1 trilion daripada pentadbiran BN. -Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13147

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12618

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news