Pegawai khas Rosmah dibebaskan 0 3362

Bekas pegawai khas dibawa ke mahkamah hari ini.

PUTRAJAYA – Bekas pegawai khas kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang direman bagi membantu siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Chyfica Mohamed Zamri membenarkan lelaki berpangkat Datuk itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin selepas dia dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Terdahulu, lelaki berusia 44 tahun itu yang diwakili peguam Ridha Abdah Subri tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini pada pukul 10.15 pagi dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga.

Menurut Ridha, SPRM telah memohon wang jaminan sebanyak RM100,000, namun mahkamah membenarkan individu itu dibebaskan dengan wang jaminan yang dikurangkan kepada RM16,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, pegawai khas berkenaan ditahan reman selama enam hari selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini, Isnin lalu.

Projek pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion sedang disiasat oleh SPRM berikutan pelaksanaan projek berkenaan tidak melalui tender terbuka Kementerian Pendidikan sebaliknya diberikan secara terus kepada sebuah syarikat sewaan kereta di Bintulu, Sarawak.

Sebelum ini SPRM sudah menahan seramai tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan berkaitan projek berkenaan. 

Skandal tersebut mencetus kontroversi apabila laporan sebuah portal berita, Sarawak Report, melaporkan pada Januari 2017, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan projek tersebut kepada sebuah syarikat penyewaan kenderaan yang beroperasi di Bintulu, Sarawak, yang dikenali sebagai Jepak Holdings Sdn. Bhd.

Portal tersebut telah menyiarkan beberapa surat yang ditandatangani oleh Najib mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menganugerahkan projek dan membuat pembayaran terus kepada syarikat tersebut walaupun terma dalam kontrak tidak berjaya dipenuhi oleh syarikat terbabit.

Difahamkan, kakitangan Kementerian Pendidikan yang mempersoalkan tentang perkara tersebut telah ditukarkan daripada jawatan mereka. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15404

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news