Pelajar sekolah maut kemalangan 0 6787

SARATOK: Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kalaka Roban maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 6, Jalan Roban-Kabong, tengah hari tadi.

Penunggang motosikal, Felvin veroddex Jashper Fidie, 14, maut di tempat kejadian, manakala pembonceng yang sebayanya cedera parah.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mordani Tanin ketika dihubungi berkata kemalangan itu dipercayai berlaku pada pukul 11.15 pagi ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan balik dari sekolah.

“Siasatan awal mendapati, ketika kejadian kedua-dua mangsa datang dari arah Roban dan tiba di simpang Ulu Roban yang terletak di sebelah kanan, secara tiba-tiba mangsa terus meluru masuk ke laluan bertentangan.

“Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu kereta yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak dan menyebabkan motosikal yang dipandu mangsa merempuh bahagian hadapan kereta,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Saratok untuk proses selanjutnya dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13194

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12658

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news