Lima sekolah daif di Sarawak akan dibaikpulih terlebih dahulu 0 5707

KUCHING: Lima sekolah daif di negeri ini menjadi yang pertama akan dinaik taraf dan dibina semula selepas RM350 juta dibayar kepada kerajaan Persekutuan pada bila-bila masa tahun ini.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah memaklumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju membayar RM350 juta.

Tambahnya pada minggu lepas satu mesyuarat telah diadakan antara pegawai kementeriannya bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan.

“Menurut mesyuarat yang diadakan pada minggu lepas, mereka mahu lima projek sekolah dimulakan pada bulan depan.

“Ketua Menteri sudah menulis surat kepada Kementerian Kewangan yang ditujukan kepada Menterinya, Lim Guan Eng dan beliau (ketua menteri) bersetuju untuk membayar RM350 juta ini pada bila-bila masa. Apabila perkara ini selesai (bayaran), kerja-kerja menaik taraf akan dimulakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penangguhan Pertandingan Kemahiran KV Skills & Inovasi Pelajar anjuran Kolej Vokasional Kuching di sini, hari ini.

Manyin yang tidak mendedahkan nama lima sekolah daif berkenaan bagaimanapun berkata ia adalah antara 415 sekolah dikategorikan sebagai sekolah teruk.

Beliau berkata, tiada tarikh ditetapkan untuk membayar balik hutang berkenaan tetapi apa yang pasti ia perlu dibayar mengikut apa dijanjikan antara semua pihak.

Katanya meskipun ada yang menyatakan kerajaan negeri sengaja melambatkan pembayaran RM350 juta berkenaan, ia bukan persoalan kerana mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Sama ada kerajaan persekutuan dari Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) kata Manyin, kerajaan negeri sentiasa memberi kepercayaan kepada persekutuan terutama sekali dalam menjaga perkara berkaitan pendidikan.

“Kami tidak pernah menyalahkan sesiapa kerana pertama, kerajaan negeri mempercayai kerajaan persekutuan sebab pendidikan berada dalam senarai persekutuan.

“Ia seharusnya menjadi tanggungjawab tunggal kerajaan persekutuan untuk menjaga pendidikan. Kami menaruh kepercayaan yang tinggi kepada kerajaan persekutuan sama ada ia adalah BN atau PH, sejak lebih 50 tahun lalu,” tegasnya.

Semalam, Pengerusi PH Negeri Chong Chieng Jen mempersoal kelewatan kerajaan Sarawak dalam pembayaran semula RM350 juta hutang kepada kerajaan persekutuan

“Adakah kerajaan negeri GPS mempunyai masalah aliran tunai sehinggakan ia tidak dapat membuat bayaran balik RM350 juta hutang kepada kerajaan persekutuan untuk memudahkan peruntukan bagi membaik semula sekolah daif di Sarawak?,” kata Chong.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak menggesa kerajaan GPS mempercepatkan pembayaran semula hutang sebanyak RM350 juta supaya sekolah luar bandar daif boleh mendapatkan peruntukan tanpa dilengahkan lagi. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13194

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12657

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news