Sekeluarga ditawan perompak pada awal pagi di Jalan Penrissen Lama 0 6306

KUCHING: Sebuah keluarga ditawan di rumah sendiri apabila rumah mereka dimasuki perompak bertopeng dan bersenjatakan parang dalam satu insiden di Taman Sentosa Jalan Penrissen Lama di sini Isnin lepas.

Menurut sumber, kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi apabila keluarga terbabit yang terdiri daripada sepasang suami isteri bersama ibu bapa serta tujuh anak mereka dikejutkan dengan kehadiran kumpulan perompak terbabit.

Difahamkan, kesemua ahli keluarga terbabit dikumpulkan di dalam satu bilik dan kemudian diikat menggunakan cadar.

“Pemilik rumah tersebut dikejutkan oleh isterinya yang terdengar jeritan ibu mereka menyebabkan dia terus bangun dan terkejut apabila mendapati empat individu tidak dikenali sedang berdiri di luar bilik tidurnya.

“Seorang daripada suspek yang bersenjatakan parang bertindak melibas dahi, tangan dan perut mangsa sebelum turut mencederakan isteri mangsa yang ketika itu cuba menyelamatkan mangsa.

“Mangsa bersama isteri, ibu bapa serta tiga anak mereka kemudian dikumpulkan di dalam satu bilik dan diikat,” katanya.

Kesemua suspek kemudian beredar dari rumah tersebut kira-kira 30 minit kemudian dengan turut melarikan barang-barang berharga serta sejumlah wang tunai.

“Kumpulan suspek terbabit melarikan diri menggunakan kereta mangsa yang bagaimanapun berjaya ditemui semula di Kampung Endap, Padawan,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

“Pasukan siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Forensik telah hadir di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan dipercayai suspek masuk ke dalam rumah tersebut dengan memanjat pagar belakang serta mengumpil jeriji tingkap dapur,” katanya.

Justeru beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news