Pelawak terkenal Accapan meninggal dunia 0 6783

ACCAPAN menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di kediamannya di Puchong, awal pagi ini.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Accapan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinam, 60, meninggal dunia akibat masalah kegagalan buah pinggang, pada jam 2.43 pagi tadi.

Accapan meninggalkan seorang balu, Yogeswari Subramaniam, 53, dan tiga anak iaitu Vikneshwaran, 31, Dhineshwaran, 28, dan Yhuveneshwary, 24.

Anak bongsu mendiang, Yhuveneshwary berkata, seluruh ahli keluarga berada di sisi ayah yang menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Puchong, Selangor.

“Upacara penghormatan terakhir akan dilakukan di rumah di Taman Puchong Utama, kira-kira jam 3 petang ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mendiang Accapan adalah pelawak berbangsa India yang sangat dikenali dalam industri hiburan tempatan sejak era 1970-an.

Namanya semakin sinonim sebagai pelawak apabila membintangi sitkom Santan Berlada pada era 1980-an bersama Khairul Azhar dan Allahyarham Ali Mamak.

Mereka pernah merakamkan album Trio Santan Berlada dan Trio Santan Berlada II yang menampilkan irama dangdut, raggae, rock dan pop dalam bahasa Tamil.

Kebanyakan seleksi adalah lagu Melayu yang ditukar liriknya.

Dilahirkan di Parit Buntar, Perak pada 27 Januari 1958, figura seni itu turut menyerlah dia arena perfileman dengan kali terakhir membintangi filem Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin pada 2012.

Antara filem lakonannya yang lain seperti Mira Edora, Sejati, Adik, Rimba Malam, Sahabat, Simfoni Kasih, Suratan Kasih, Bisikan Kasih, Ghazal Untuk Rabiah, Jin Notti dan Gila Bola.

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) melalui Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14376

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8242

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news