Pelbagai program diatur semarak sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2019 0 6170

PUTRAJAYA 26 Julai – Jabatan Penerangan (Japen) akan menganjurkan pelbagai program di seluruh negara bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019.

Ketua Pengarah Penerangan, Roselindawati Abdul Rahman berkata, program itu termasuk Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 yang akan membabitkan jarak sejauh 6,200 kilometer di Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Beliau berkata, kembara itu membabitkan 62 hentian simbolik kepada 62 tahun kemerdekaan negara.

“Bagi Semenanjung Malaysia, kembara akan menjelajah di semua negeri membabitkan jarak lebih 5,000 kilometer,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat kerjasama strategik Jawatankuasa Media dan Publisiti Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini.

Difahamkan, Kembara Merdeka Jalur Gemilang akan dilepaskan di Melaka pada 3 Ogos ini sempena majlis pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kembara itu akan berlangsung sehingga 16 September dengan pelbagai pengisian termasuk pengedaran Jalur Gemilang dan risalah kenegaraan, pameran patriotik dan kenegaraan, program keagamaan serta Merdeka @Komuniti.

Majlis pelancaran kembara itu merupakan satu daripada tiga acara utama sambutan pada tahun ini. Dua acara lain ialah perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Putrajaya dan Hari Malaysia 16 September di Kuching, Sarawak.

Program-program lain termasuk MyMerdeka Sayangi Malaysiaku, Aktivis Kemerdekaan, pertandingan sketsa rukun negara, pertandingan keceriaan Bulan Kemerdekaan, pidato dan pengisahan kenegaraan.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.’

Pemilihan tema itu menekankan usaha memupuk perpaduan, semangat cintakan negara dan menonjolkan nilai integriti serta jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12932

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news