18 keluar, 10,000 pula sertai PKR 0 5745

KUALA LUMPUR 26 Julai – Di sebalik 18 ahli PKR di Melaka yang keluar parti semalam, Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa PKR menerima sehingga 10,000 permohonan keanggotaan baharu setiap minggu.

Jelasnya, sebagai setiausaha agung, beliau mengetahui statistik berkenaan lebih-lebih lagi permohonan untuk menjadi anggota PKR hanya menerusi dalam talian dan beliau membentangkan jumlah keanggotaan baharu kepada Biro Politik PKR setiap minggu.

“Setiap minggu saya akan membentangkan angka keanggotaan baharu yang masuk PKR, minggu-minggu itu berbeza tapi paling kurang seminggu adalah 5,000 orang, paling tinggi seminggu adalah 10,000 orang. Sebagai setiausaha agung parti, saya tahu statistik itu sebab permohonan menjadi anggota parti boleh dibuat melalui dalam talian.

“Setiap minggu pegawai saya akan beri data, kerja saya membentangkan kepada biro politik sebab mereka ada kuasa meluluskan atau menolak, jadi saya tahu setiap minggu paling kurang 5,000 orang dan paling tinggi 10,000 orang dan itu konsisten dan kekuatan PKR sekarang adalah 900,000 anggota,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perasmian pasar raya AJ Best di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

Saifuddin Nasution mengulas tindakan Naib Pengerusi PKR Cabang Masjid Tanah, Khairuddin Ibrahim bersama 20 ahli yang mengumumkan keluar daripada parti ekoran tidak berpuas hati dengan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPN) PKR negeri.

Meskipun telah memegang jawatan itu selama tiga penggal, Khairuddin dan 20 ahli itu tetap tidak berpuas hati serta mendakwa Pengerusi PKR negeri, Halim Bachik mengamalkan kepimpinan ala Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Saifuddin Nasution berkata, hasil makluman yang diberikan oleh Halim, bilangan ahli yang keluar daripada PKR di Masjid Tanah adalah seramai 18 orang dengan 11 daripadanya hanya menjadi ahli parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 tahun lalu.

“Di Masjid Tanah ini, naib pengerusi kata dia keluar tapi jawapan yang diberi oleh Ketua Cabang Masjid Tanah itu kena tengok juga, dia kata 18 orang, 11 daripadanya itu masuk parti selepas menang pilihan raya, mereka itu yang keluar jadi tujuh daripadanya memang orang lama.

“11 orang itu baru masuk sahaja, bila masuk berhasrat untuk diberikan beberapa jawatan, jadi bila tak dapat maka pilih untuk keluar. Saya percaya ahli yang tebal idealismenya serta tinggi komitmen kepada parti tidak akan ambil langkah begitu,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news