Pemandu van maut, van terbabas ke dalam gaung di Jalan Bau-Lundu 0 6365

Bau:Seorang lelaki maut apabila van jenis vanette yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung sekitar jam 8.30 pagi tadi di Jalan Bau-Lundu berhampiran Kampung Stenggang.

Susulan daripada kemalangan, pihak bomba telah dihubungi bagi mengeluarkan mangsa yang tidak sedarkan diri di dalam van.

Mangsa ketika dikeluarkan tidak sedarkan diri dan terus dihantar ke hospital Bau untuk menerima rawatan.

Hasil pemeriksaan didapati mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis dari balai polis Bau untuk tindakan selanjutnya – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news