Wanita kena penjara lapan tahun kerana tikam kemaluan skandal suami di Sibu 0 7899

SIBU: Seorang pelayan kedai kopi berusia 46 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan serius pada alat sulit seorang wanita pada 24 Mac lalu.

Ting Hai Hua dari Kapit mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan dihadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sibu Stella Augustine Druce.

Wanita itu mengaku secara sukarela menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa, 34 tahun, dengan menggunakan sebilah pisau di sebuah bilik sewa di Lorong Lajong antara pukul 8 malam dan 9.30 malam.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 24 Mac lalu.

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Heng Yi Min manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suami tertuduh ketika di pekarangan mahkamah hari ini

Suami tertuduh ketika di pekarangan mahkamah hari ini.
Sementara itu, suami tertuduh, Maram Mebang, 29, dari Kapit dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mengadakan perhubungan seks dengan wanita lain yang sudah berkahwin.

Dia didakwa kerana cuba memikat atau mempengaruhi seorang wanita yang sudah berkahwin dengan niat untuk melakukan hubungan seksual dengannya di bilik sewa, Lorong Lajong antara pukul 8 malam dan 9.30 malam pada 24 Mac.

Lelaki yang bekerja sebagai kelindan lori itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh yang juga tidak diwakili peguam diarahkan menjalani hukuman itu berkuat kuasa hari ini.

Sebelum kejadian, tertuduh bersama suaminya dan mangsa berada di dalam bilik dan selepas menikam mangsa, Ting melarikan diri.

Tertuduh menikam mangsa kerana disebabkan perasaan cemburu selepas mangsa mengadakan hubungan seks dengan suaminya.

Mengikut fakta kes, pada 24 Mac kira-kira pukul 10.50 malam, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu yang diketuai oleh ASP Mohd Fazirul dikerahkan ke tempat kejadian di Lorong Lajong utuk menjalankan siasatan.

Pasukan polis memberkas Ting serta menjumpai pisau kecil yang dipercayai senjata digunakan tertuduh berhampiran bahagian dapur.

Siasatan mendedahkan tertuduh telah menikam mangsa menggunakan pisau antara 8 malam dan jam 9.30 malam pada 24 Mac di tempat kejadian. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12999

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12473

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news