Pemansuhan tol ditangguh – Baru Bian 0 5586

KUALA LUMPUR: Kerajaan setuju menangguhkan cadangan menghapuskan tol sehingga keadaan ekonomi stabil.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata penangguhan itu dipersetujui selepas kerajaan menimbangkan kesan pemansuhan terhadap kedudukan kewangan negara.

Katanya, pemansuhan tol di negara ini akan menyebabkan kerajaan membayar pampasan melebihi RM400 bilion kepada syarikat konsesi tol.

“Berdasarkan kedudukan kewangan semasa, kerajaan berpandangan lebih baik ditangguhkan sehingga kedudukan ekonomi benar-benar stabil dan keadaan mengizinkan,” katanya menjawab soalan asal Datuk Jalaluddin Alias (BN-UMNO Jelebu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Jalaluddin bertanya mengenai senarai terkini tol yang akan dimansuhkan bagi membantu meringankan beban rakyat dan jangkaan pemansuhan dilaksanakan.

Baru berkata, selepas mengambil kira pelbagai faktor dan implikasi terhadap kewangan negara, kerajaan mengakui pemansuhan tol bukan mudah dilaksanakan ketika ini.

“Bagi mengurangkan bebanan kos rakyat, Majlis Kos Sara Hidup meneliti beberapa langkah yang lebih praktikal dan bermanfaat kepada rakyat,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Jalaluddin mengenai langkah diambil sebelum membuat penangguhan tol itu memandangkan janji 100 hari hampir berakhir, Baru berkata, pemansuhan tol tidak termasuk dalam janji 100 hari.

“Kita menangguhkan pemansuhan tol kerana kita kerajaan bertanggungjawab dan praktikal serta bertindak adil kepada semua pihak.

“Ketika kita buat manifesto, kita meneliti keadaan waktu itu tanpa mengetahui kedudukan kewangan sebenar negara.

“Selepas mengambil alih kerajaan, baru kita tahu status sebenar dan sebab itu kita tangguhkan dulu,” katanya -Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15232

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news