Pemilihan PKR di Sarikei: Lelaki dakwa diugut bunuh lapor polis 0 5733

PEMILIHAN PKR | Seorang lelaki yang bimbang tentang keselamatan dirinya tampil membuat laporan polis selepas berlaku pertikaman lidah antara beliau dan salah seorang calon bertanding dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sarikei hari ini.

Lelaki berusia 61 tahun yang juga merupakan calon bertanding dalam pemilihan parti di cabang tersebut membuat laporan di Balai Polis Sarikei pada 11.22 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Supt Awang Arfian Awang Bujang yang mengesahkan laporan itu dibuat, berkata sebelum itu lelaki berkenaan menasihati seorang calon berusia 72 tahun untuk mematuhi peraturan pemilihan parti tetapi tidak dihiraukan, sebaliknya beliau dihamburkan dengan kata-kata kesat.

“Kejadian tersebut berlaku di pusat pengundian di Jalan Layang-Layang sekitar 10.50 pagi, namun berjaya dikawal polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata rakan pengadu memberitahu bahawa lelaki tersebut mengugut memanggil kumpulan samseng untuk memukul dan membunuh mangsa.

“Pengadu berasa amat takut akan keselamatannya dan membuat laporan untuk tindakan pihak polis,” katanya.

Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Pemilihan PKR Cabang Sarikei menyaksikan bekas Anggota Parlimen (MP) Julau Datuk Sng Chee Hua yang juga bapa kepada MP Julau Larry Sng Wei Shien, memenangi jawatan Ketua Cabang selepas menewaskan pencabarnya Wong Ching Tung, dengan meraih 185 undi.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13145

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12616

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news