Rosmah dilapor berdepan tuduhan baru minggu ini 0 5647

Isteri Najib Razak, Rosmah Mansor, dijangka dikenakan beberapa lagi tuduhan jenayah di mahkamah dalam tempoh terdekat dan ia berlaku kira-kira 40 hari selepas dia didakwa untuk kali pertama bulan lalu.

Kali ini Rosmah dipercayai akan dikaitkan dengan projek hibrid solar untuk sekolah di kawasan luar bandar di Sarawak.

Memetik sumber SPRM yang tidak dinamakan The Star mendakwa turut akan didakwa bersama Rosmah ialah bekas pembantunya Rizal Mansor.

Kedua-dua mererka, katanya, berkemungkinan akan dituduh di mahkamah pada minggu ini.

Pihak yang dekat dengan siasatan bagaimanapun enggan mendedahkan peranan Rosmah dalam projek terbabit dan butiran tuduhan yang akan dikenakan ke atasnya.

Isteri perdana menteri yang berprofil tinggi itu dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama pada 4 Okt lalu. Beliau berdepan 17 dakwaan pengubahan wang haram melibatkan dana berjumlah RM7 juta.

Pada Jun lalu Malaysiakini mendedahkan Kementerian Pendidikan di bawah kerajaan BN menganugerahkan projek hibrid kepada sebuah syarikat berpangkalan di Bintulu, Sarawak.

Pemberian projek untuk 369 sekolah luar bandar itu didakwa dibuat atas “arahan langsung” daripada Najib. Ia melibatkan dana sebanyak RM1.25 bilion.

Dokumen yang dilihat Malaysiakini juga mendakwa kontrak terbabit diberikan tanpa melalui prosedur operasi standard Kementerian Pendidikan, serta proses perolehan yang sepatutnya.

Siasatan itu kemudian berkembang dengan menyaksikan beberapa pegawai eksekutif syarikat itu ditahan SPRM. Pembantu Rosmah dan Najib pula ditahan dan direman untuk disoal siasat pada Julai.

Ditanya sama ada bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid akan turut didakwa, sumber yang dipetik itu menjawab: “Belum lagi.”

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13154

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12623

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news