Pemimpin kami tidak subversif, Amanah Sarawak beritahu kerajaan 0 6977

Pemuda Amanah Sarawak menggesa kerajaan negeri menyemak semula penggunaan undang-undang imigresen dan membersihkan senarai nama yang tidak berkenaan, selepas sekatan ke atas naib ketua Pemuda parti Islam itu.

Ketua Pemuda Fadillah Sabali berkata kerajaan negeri mengenakan kuasanya ke atas rakyat yang tidak subversif.

“Ini adalah sesuatu yang tidak munasabah dan tidak membantu proses demokrasi berparlimen untuk berjalan dengan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kuasa tersebut bertujuan menghalang unsur subversif atau demi menjaga kesejahteraan rakyat negeri itu, tetapi Shazni Munir Mohd Ithnin ke Sarawak untuk bertemu ahli dan melibatkan diri dalam aktiviti Amanah, sebuah parti yang berdaftar secara sah.

“Tindakan ini adalah sesuatu yang tidak bersifat telus dan ini menunjukkan kerajaan Sarawak tidak berjiwa besar,” katanya, menggesa kerajaan memberi jaminan ia tidak akan disalahgunakan pada masa depan.

Shazni ditahan di Lapangan Terbang Sibu hari ini dan kemudian membidas kerajaan negeri menyalahgunakan kuasa untuk menghalang individu tertentu atas alasan yang “jelas bermotifkan politik”.

“Jika kerajaan Sarawak yang kononnya telah keluar BN masih mengekalkan polisi dan pendirian politik yang sama, adalah lebih baik mereka masuk semula ke dalam BN,” kata pemimpin Amanah itu.

Menteri Datuk Abdul Karim Hamzah mengingatkan Amanah bahawa kerajaan negeri berhak menyekat orang tidak diingini, dan keputusan parti pemerintah keluar Barisan Nasional tidak mempengaruhi tapisan imigresen.

“Shazni nampaknya menyamakan sekatan imigresen sebagai warisan Barisan Nasional, dan oleh itu tidak patut ada sekatan kerana parti-parti di Sarawak sudah berpisah dengan BN. Beliau salah jika beranggapan sedemikian,” katanya. – FMT

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15390

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news