MIRI: Seorang pemotong rumput ditemukan mati dalam keadaan tergantung di tangga sebuah rumah di Piasau di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata mangsa seorang lelaki berusia 43 tahun ditemukan mati oleh ibunya sekitar pukul 4 petang.
“Ibu mangsa menyedari anaknya menggantung diri selepas dia bangun daripada tidur. Kejadian dipercayai berlaku semasa ibu mangsa sedang tidur dalam bilik.
“Si mati mempunyai masalah kesihatan mental dan sedang menjalani rawatan,” katanya dalam satu kenyataan media hariini.
Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat hospital Miri untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – Utusan BorneoΒ Online