Pemuda rogol kekasih bawah umur kena lima tahun, satu sebatan 0 6764

SIBU: Seorang lelaki berusia 30 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun serta satu sebatan oleh Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas kesalahan merogol gadis bawah umur.

Tertuduh dikenali sebagai Ricky Herbert Taris dari Lorong Sentosa Barat di sini mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 15 tahun.

Hakim Jason Juga yang menjatuhkan hukuman itu turut mengarahkan agar tertuduh menerima hukuman sebatan.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 15 tahun dan 10 bulan sejak Jun lalu di sebuah rumah di Jalan Sentosa Barat.

Kesalahan ini boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan apabila disabitkan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Mengikut fakta kes, 19 Ogos lalu kira-kira 5 pagi ketika pengadu kes ini hendak membangunkan mangsa untuk ke sekolah, pengadu mendapati tertuduh berada di bilik tidur mangsa.

Apabila pengadu yang merupakan bapa mangsa bertanya kepadanya, mangsa memberitahu bahawa tertuduh adalah teman lelakinya dan dia melakukan hubungan seks dengan tertuduh.

Ayahnya kemudian membuat laporan polis dan tertuduh ditahan pada hari sama.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa ialah seorang gadis bawah umur yang melakukan hubungan seks dengan tertuduh yang merupakan teman lelakinya.

Mangsa juga berkata, dia melakukan hubungan seks dengan tertuduh sejak Jun hingga Ogos di bilik tidur mangsa dan pada masa itu tidak ada sesiapa berada rumah.

Berdasarkan kenyataan saksi dan pemeriksaan oleh seorang pakar perubatan, tertuduh telah melakukan kesalahan itu. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13117

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news