Chelsea merana dibelasah 6-0 oleh City 0 6100

MANCHESTER: Sergio Aguero meledak hatrik ketika Manchester City melaungkan amaran terbesar dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan membelasah Chelsea 6-0, sebentar tadi.

Kemenangan penuh bergaya itu membenarkan skuad kendalian Pep Guardiola merampas kembali carta teratas liga daripada Liverpool menerusi perbezaan jaringan dengan empat daripada enam gol yang dijaringkan di Etihad diledakkan pada babak pertama.

Selepas Raheem Sterling meledak gol pembukaan seawal minit keempat, Aguero berpeluang menggandakan kelebihan tuan rumah empat minit kemudian tetapi rembatannya sedikit tersasar.

Begitupun, penyerang Argentina itu tidak mensia-siakan peluang untuk membuka akaun jaringannya pada minit ke-13 selepas mendapat hantaran baik Oleksandr Zinchenko.

Dia kemudian meledak gol kedua peribadinya enam minit kemudian apabila memanfaat sepenuhnya kesilapan Ross Barkley yang menanduk bola ke belakang sebelum penjaga gol termahal dunia, Kepa Arrizabalaga sekali lagi tertewas menerusi rembatan jarak jauh menarik Ilkay Gundogan pada minit ke-25.

Ketika Chelsea melancarkan serangan bertali arus pada babak kedua, gawang mereka sekali lagi dibolosi pada minit ke-56 menerusi penalti yang disempurnakan Aguero untuk melengkapkan hatriknya.

City memperoleh penalti selepas Cesar Azpilicueta mengasari Sterling dengan pemain tengah England itu meledak gol kedua peribadinya dan jaringan kemenangan tuan rumah pada minit ke-80.

Sebelum itu, Gabriel Jesus yang menggantikan Aguero pada minit ke-65 turut berpeluang meledak jaringan sebelum dia dikasari rakan senegaranya, David Luiz tetapi rayuannya untuk mendapatkan penalti tidak dilayan.

Kekalahan 6-0 menjadi kekalahan terburuk Chelsea di gelanggang lawan sejak 1996 mengatasi kekalahan 4-0 terhadap Bournemouth pada perlawanan terakhir mereka di tempat lawan sekali gus meningkatkan tekanan buat pengendali, Maurizio Sarri.

Kekalahan turut menyaksikan Manchester United kekal di tangga keempat liga dengan City berusaha untuk menjadi pasukan pertama sejak musuh tetangganya itu menjuarai saingan liga secara berturut-turut pada 2009. – Agensi

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7599

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5245

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news