Penetapan kadar gaji minimum permulaan Jumaat ini 0 5671

M KULASEGARAN (dua kiri) menyerahkan kerusi roda kepada Cheah Kin Heng, 62, yang menghidap angin ahmar di Kampung Tawas. – Foto Muhaizan Yahya

M KULASEGARAN (kanan) membantu pesakit kencing manis, Abdul Hamid Abdul Karim, 71, ketika menyerahkan kerusi roda di Kampung Tawas. – Foto Muhaizan Yahya

IPOH: Kerajaan akan memuktamadkan kadar permulaan gaji minimum sektor swasta selepas Mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata kerajaan juga akan menetapkan satu kadar yang seragam bagi gaji permulaan sektor swasta di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

“Penetapan gaji minimum daripada segi undang-undang perlu disemak setiap dua tahun dan kita telah menyatakan di dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini bahawa dalam tempoh lima tahun kita akan meningkatkan jumlahnya kepada RM1,500.

“Apa yang menjadi keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk menyeragamkan terlebih dahulu kadar gaji minimum di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dan dalam tempoh 100 hari ini kita mahu laksanakan perkara itu (seragamkan gaji).

“Saya rasa perkara itu (seragamkan gaji) akan dapat dijayakan kerana pada Jumaat ini saya akan membawa perkara itu ke Kabinet. Semoga akan ada berita baik menanti kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada 20 penerima di Kampung Tawas dan Kampung Kepayang di sini hari ini.

Kulasegaran berkata, setakat ini, gaji minimum yang diterima di Sabah dan Sarawak adalah sekitar RM800 hingga RM920, manakala di Semenanjung adalah sebanyak RM1,000 sebulan.

Katanya, adalah mustahil bagi majikan untuk memberikan kenaikan gaji minum RM1,500 sebagaimana yang ditetapkan secara sekali gus kerana ia akan memberikan implikasi besar kepada majikan.

“Jika kenaikan dibuat sekali gus akan ada banyak syarikat yang mungkin akan jatuh muflis dan akan mengurangkan pendapatan mereka sehingga perniagaan tidak lagi boleh beroperasi terutama bagi syarikat kecil yang mungkin akan menghadapi masalah kewangan.

“Jadi peningkatan gaji minimum secara berperingkat sehingga tempoh lima tahun adalah sebahagian usaha yang akan dilaksanakan untuk tidak menyusahkan majikan,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15077

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8374

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news