Penganggur ditahan bersama dadah di dalam kereta 0 6185

BINTULU: Seorang penganggur ditahan selepas dadah dengan anggaran nilai RM4,000 dijumpai dalam kereta di Jalan Tun Ahmad Zaidi di sini pada Jumaat.

Lelaki berusia 27 tahun itu yang memandu kereta ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu sekitar pukul 1.30 tengah hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili, polis menjumpai dadah dipercayai jenis syabu dan pil ekstasi bernilai RM4,000 dalam kereta.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kita menemukan tujuh peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 5.7 gram dan dua peket plastik lutsinar yang mengandungi 32 pil ekstasi seberat 11 gram,” ujarnya dalam satu kenyataan pada malam Jumaat.

Katanya, keputusan ujian awal saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(2)(a) akta sama.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12484

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news