Polis digesa lebih agresif perangi dadah di Samarahan 0 6097

KOTA SAMARAHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang mahu pihak berkuasa memerangi masalah dadah dengan lebih agresif di bahagian Samarahan yang merupakan antara lokasi panas di negeri ini.

Beliau memberitahu, usaha memerangi harus dilakukan lebih tegas dengan melibatkan semua pihak termasuk pihak berkuasa seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan tersebut.

“Saya amat berdukacita melihat anak-anak muda terutamanya pelajar sekolah di bahagian ini terlibat dalam masalah dadah yang mana semakin hari semakin membimbangkan.

“Oleh itu, saya mahu pihak berkuasa seperti polis bertindak lebih agresif dalam usaha kita memerangi dadah di kawasan ini,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Program Kampungku Bersih Dari Dadah 2019 peringkat bahagian Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini hari ini.

Idris pada masa sama turut melahirkan rasa kesal dengan ketiadaan wakil polis dalam menjayakan program tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan meminta penjelasan daripada Polis Daerah Kota Samarahan mahupun Polis Sarawak berhubung perkara tersebut.

Tegasnya, penglibatan polis dalam program itu penting agar usaha memerangi najis dadah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Ini adalah cara kita untuk bersama-sama memerangi anasir dadah yang sebenarnya akan sentiasa melumpuhkan hidup bukan sahaja anak-anak kita yang menjadi mangsa ketagihan dadah tetapi menyebabkan sesebuah keluarga itu hilang kebahagiaan,” tambahnya.

Katanya lagi, tanpa penglibatkan polis, maka usaha untuk memerangi masalah dadah akan menjadi sia-sia.

“Ini diibaratkan seperti peperangan, kalau tidak ada askar atau polis bagaimana kita hendak melumpuhkan musuh,” tegasnya.

Terdahulu Pegawai Daerah Samarahan Mohd Annie Wahab berkata, pihaknya merancang untuk memperluaskan program itu di setiap 55 kampung yang ada di bahagian tersebut.

“Pada masa ini kita telah berjaya melaksanakan program ini di 26 kampung dan berharap ia dapat diperluaskan di kampung-kampung lain pada masa akan datang,” ujarnya.

Pada program anjuran Pejabat Daerah Samarahan dan Majlis Pembangunan Sosial Sarawak dengan kerjasama AADK Samarahan itu menyaksikan Kampung Niup dinobatkan sebagai johan Program Kampungku Bersih Dari Dadah diikuti Kampung Naie Baru dan Kampung Sindang.

Hadir sama Residen Bahagian Samarahan Ibrahim Lumpu dan tetamu kehormat lain. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news