Penganggur ugut bunuh bapa kandung didenda RM1700 0 6106

MIRI: Seorang penganggur didenda RM1,700 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan melakukan ugutan bunuh terhadap bapa kandungnya.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad setelah Boon Chung Hua mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah melakukan ugutan jenayah dengan mengugut hendak membunuh bapanya Boon Tze Min, 68, dengan niat menakutkan bapanya itu.

Boon, 42, dari Jalan Riam didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5.30 pagi, 23 Januari lalu di rumah keluarganya di Jalan Riam di sini.

Manakala dalam kes berasingan, Boon telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan pecah rumah dan curi.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh melakukan pecah rumah dan curi dengan memecah masuk sebuah rumah kepunyaan Khusairy Abdullah, 54, dan mencuri sebuah televisyen 27 inci.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 4 pagi, 3 November 2018 di Taman Jelita Fasa 3,Taman Tunku.

Bagi kesalahan itu, Boon telah didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Setelah mendengar pengakuan tidak bersalah tertuduh, mahkamah kemudian menetapkan 13 Februari depan untuk pengurusan kes.

Manakala tertuduh diperintahkan dibebas dengan jaminan RM2,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.-Utusan Borneo

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13849

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13019

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news