Kes rasuah Najib, 421 dokumen diserah kepada peguam 0 5920

KUALA LUMPUR: Peguam bela Datuk Seri Najib Razak sudah menerima sebanyak 421 dokumen berhubung kes rasuah membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, berkata pihaknya sudah menyerahkan dokumen berkenaan kepada pihak pembelaan dan kini sedang berusaha mendapatkan dokumen perbankan bagi 21 lagi tuduhan pengubahan wang yang dikenakan ke atas Najib.

Sri Ram berkata, pendakwaan memerlukan masa untuk mendapatkan dokumen berkenaan daripada pihak bank.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib yang turut bertindak bagi pihak pendakwaan ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, dokumen terbabit sebahagian besarnya adalah Minit Mesyuarat Jemaah Menteri.

Ahmad Akram berkata, pihaknya sudah menyerahkan 367 dokumen bagi kes rasuah dan 23 dokumen kes pengubahan wang haram kepada pihak pembelaan sebelum ini dan bakinya sebanyak 54 dokumen (bagi kes rasuah) diserahkan kepada peguam bela hari ini.

Dalam prosiding hari ini, Najib diwakili Harvinderjit Singh.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah kemudian menetapkan 26 Februari ini bagi pengurusan kes lanjut dan 15 Februari bagi mendengar permohonan Najib untuk menggugurkan Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes berkenaan.

Mahkamah turut menetapkan pada 13 Februari bagi semua pihak memfailkan hujahan bertulis.

Dalam prosiding hari ini, Najib diwakili peguam Harvinderjit Singh.

Najib, 66, didakwa dengan empat tuduhan sebagai Pegawai Badan Awam iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi 1MDB, menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah bagi dirinya sendiri.

Bagi tuduhan pertama, beliau didakwa menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM60,629,839.43 di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan di sini, antara 24 Februari 2011 dan 14 Jun 2011.

Bagi tuduhan kedua, Najib didakwa menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan RM90,899,927.28 di tempat yang sama antara 31 Oktober 2012 dan 20 November 2012 manakala tuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan sebanyak RM2,081,476,926 dan RM49,930,985.70.

Ahli Parlimen Pekan itu turut berdepan 21 tuduhan pengubahan wang haram mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12934

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news