MIRI: Gara-gara tidak diberikan wang, seorang penganggur sanggup merosakkan harta benda di dalam rumah dan mengugut ibunya sendiri menggunakan senjata tajam dalam kejadian di sebuah rumah panjang di Bekenu pada petang Ahad lalu.
Menurut sumber, kejadian berlaku sekitar jam 5 petang apabila suspek berusia 27 tahun tiba-tiba mengamuk dan mengugut ibunya untuk memberikan wang.“Suspek memecahkan cermin, pemain cakera padat, telefon, komputer riba, rim kereta dan mengugut menggunakan senjata tajam.
“Suspek turut meminta wang daripada isterinya dan kemudian memukulnya apabila tidak diberikan wang,” kata sumber.Oleh demikian, ibu suspek, 57, membuat laporan di Balai Polis Bekenu untuk siasatan lanjut.Difahamkan, susulan laporan tersebut, suspek dua anak itu berjaya ditahan polis di rumah panjang berkenaan kira-kira jam 3 petang Isnin lepas untuk siasatan lanjut. -Utusan Borneo Online