Pengantin baru rogol adik ipar 7 kali, dakwa dirasuk setan ketika melakukan perbuatan terkutuk itu 0 7691

Faisal dan isterinya yang berusia 26 tahun baru sahaja bernikah empat bulan yang lalu dan menetap di sebuah rumah sewa bersama adik iparnya yang berusia 14 tahun sejak April lalu di Surabaya, Indonesia.

Difahamkan, si isteri membawa adiknya tinggal bersama kerana kedua orang tua mereka sudah bercerai.

Tetapi, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Faisal tergamak merogol adik iparnya yang masih di bawah umur itu. Faisal melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya tiada di rumah atau sedang bekerja.

Namun perbuatannya itu terbongkar apabila si isteri ternampak Faisal dengan adiknya tanpa seurat benang di dalam bilik mandi.

Remaja itu berkata, dia takut menceritakan perbuatan lelaki itu kepada kakaknya.

Malah dia tidak mahu merosakkan kebahagiaan rumah tangga kakaknya yang baru sahaja dibina bersama Faisal.

Sementara itu, Faisal mengaku dia didorongi nafsu dan dirasuk syaitan ketika menggauli adik iparnya beberapa kali.

Faisal mengaku dia ada memegang tangan mangsa dan merayu tidak menjerit.

“Khilaf saya, sudah tujuh kali tapi yang kelapan tidak jadi kerana sudah kantoi di depan isteri,” katanya.

Si isteri kemudian melaporkan kejadian itu di balai polis dan Faisal terus ditahan pada Rabu lalu untuk siasatan lanjut.

Faisal akan didakwa di mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Sumber: Tribun Jakarta

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12932

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news