Pengarah teknikal, juruteknik Lion Air dipecat 0 5861

JAKARTA: Kementerian pengangkutan Indonesia memecat pengarah teknikal penerbangan Lion Air dan beberapa orang juruteknik selepas pesawat JT610 yang membawa 189 penumpang dan anak kapal terhempas, kata agensi Antara, hari ini.

“Hari ini kami memecat pengarah daripada jawatan dan tugasnya,” kata Budi Karya Sumadi, dengan mengatakan kemalangan itu sebagai puncanya.

Katanya, beberapa orang juruteknik turut dipecat.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah pemecatan itu bersifat sementara atau kekal.

Ketua Eksekutif Lion Air, Edward Sirait memberitahu Reuters, beliau tidak tahu berhubung arahan itu. – Reuters

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12483

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news