Tanah NCR Masyarakat Melayu Dilindungi – Awang Tengah 0 5797

KUCHING – Hak pemilikan tanah dalam kalangan masyarakat Melayu di Sarawak tidak pernah diabaikan oleh kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan sentiasa mengiktiraf pemilikan tanah berkenaan bagi memastikan perkampungan tradisi masyarakat itu tidak mudah tergadai.

Malah, beliau menegaskan komitmen itu jelas dibuktikan melalui pindaan undang-undang Kanun Tanah Negeri sebelum ini yang berpaksikan Domain Kawasan Peribumi (NTD) bagi mengiktiraf tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) semua kaum pribumi di Sarawak.

“Kita sedar bahawa masyarakat Melayu juga mempunyai tanah NCR walaupun tidak seluas seperti kaum Bumiputera yang lain.

“Ini jelas apabila sudah banyak kawasan tanah adat orang Melayu disukat dan diberi hak milik,” katanya sempena merasmikan Seminar Budaya Melayu Sarawak Ke-7, di sini semalam.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Awang Tengah yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak berkata, kerajaan negeri turut mengeluarkan surat hak milik tanah kepada perkampungan Melayu menerusi program Penyukatan Kampung Tradisi, sekali gus meningkatkan nilai tanah berkenaan.

“Sehingga kini banyak perkampungan Melayu termasuk dalam Bandaraya Kuching sudah dikeluarkan dengan surat hak milik dan pemilikan ini adalah selama-lamanya,” katanya.

Justeru, beliau berkata komitmen kerajaan negeri bagi mengiktiraf kewujudan kampung-kampung masyarakat Melayu itu juga akan diteruskan demi memastikan semua perkampungan asal Melayu memiliki surat hak milik.

“Kerajaan Sarawak menyedari bahawa kampung-kampung Melayu telah wujud sekian lama dan oleh sebab itu, kita mengiktirafnya,” katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II berkata, kerajaan negeri melalui Pelan Pembangunan Semula Bandar juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif untuk masyarakat Melayu menceburi bidang pembangunan hartanah mereka.

“Ini bagi memastikan orang Melayu masih memiliki aset di lokasi yang strategik dalam bandar,” katanya. -Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12481

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news