Pengeluaran MyKad melalui Mobile Bas JPN dalam masa 45 minit 0 6029

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui perkhidmatan Mobile Bas JPN kini mengeluarkan MyKad dalam tempoh 45 minit sehingga sejam, kata Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Mohamad Razin Abdullah.

Beliau berkata perkhidmatan perintis itu telah bermula Julai lalu membolehkan pelanggan membuat permohonan MyKad di bas berkenaan, dicetak dan diserahkan terus kepada pelanggan.

“Sebelum ini, pelanggan yang membuat permohonan melalui perkhidmatan Mobile Bas JPN yang akan ke lokasi-lokasi terpilih dan hanya boleh mengutip MyKad yang sudah siap di mana-mana cawangan JPN dalam tempoh lima hari,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan Kembara Mobile Hari Pendaftaran Negara 2018 di sini hari ini.

Beliau menambah perkhidmatan itu bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan jabatan itu kepada rakyat, selaras dengan slogan JPN ‘Rakyat Di Hati JPN’.

Sementara itu, Mohamad Razin berkata Program Kembara Mobile sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara 2018 pada 1 Oktober untuk memberikan perkhidmatan pendaftaran termasuk khidmat nasihat dan penyerahan dokumen pengenalan diri yang diproses.

Selain untuk  meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga dokumen pengenalan diri, beliau berkata program itu juga bertujuan untuk menjalin kerjasama antara JPN dan agensi kerajaan lain untuk membantu golongan layak mendapatkan dokumen pengenalan diri.

“Saya menyambut baik Kembara Mobile yang secara tidak langsung dapat menyebar perkhidmatan JPN agar masyarakat lebih memahami dan mendapat manfaat daripada pelaksanaan dasar dan program JPN.

“Ia merupakan tanggungjawab JPN untuk memastikan setiap penduduk di negara ini yang layak mendapat dokumen pengenalan diri. Program ini merupakan satu strategi turun padang dan dekat di hati rakyat khususnya mereka yang tidak mempunyai akses datang ke pejabat JPN agar mereka tidak ketinggalan,” katanya.

Program Kembara Mobile yang bermula di Zon Sarawak diikuti Selatan, Sabah, Utara dan Timur mulai 15 hingga 30 September.
— Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12365

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news