Bola sepak Indonesia terus dicemari insiden kematian penyokong akibat pergaduhan 0 6681

JAKARTA: Bola sepak Indonesia terus tercemar dengan insiden kematian penyokong bola sepak akibat pergaduhan.

Terbaru, seorang penyokong kelab bola sepak Persija Jakarta mati dibelasah sekumpulan penyokong kelab Persib Bandung semalam.Dalam kejadian 1 tengah hari sebelum perlawanan itu, mangsa Haringga Sirilla, 23, mati dibelasah penyokong lawan di luar Stadium Gelora Bandung Lautan Api, Kota Bandung.

Ketua Polis Bandung, M Yoris Maulana berkata 10 suspek ditahan berhubung insiden itu.Kejadian pergaduhan yang membawa maut bukanlah perkara baharu membabitkan kedua-dua pasukan dalam Liga 1 bola sepak Indonesia.

Pada perlawanan semalam, Persib Bandung menewaskan Persija Jakarta 3-2, untuk terus kekal di tangga teratas Liga 1, manakala Persija kini di tangga keenam.

Dilaporkan, tujuh penyokong dari kedua-dua kelab itu terbunuh akibat pergaduhan sejak 2012. Insiden terbaru semalam itu menimbulkan kebimbangan berkenaan masa depan bola sepak Indonesia yang sering dicemari pergaduhan.

Di peringkat antarabangsa, sikap agresif dan provokatif penyokong Indonesia juga sering kali menimbulkan kebimbangan ramai pihak apabila pasukan itu beraksi di Indonesia.

Pada aksi Piala AFF bawah 19 tahun pada Julai lepas misalnya, pemain Malaysia dihujani balingan botol dan batu, malah lagu Negaraku turut diejek penonton lawan ketika aksi bertemu Indonesia di Surabaya.

Setiausaha Agung Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) Ratu Tisha Destria ternyata kesal dengan sikap segelintir peminat bola sepak Indonesia yang tidak profesional dan tidak mengamalkan semangat kesukanan itu.

“Kalau bicara edukasi (pendidikan kepada penonton bola sepak), kita komited sampai mati untuk memberikan edukasi. Kita akan terus, tidak akan berhenti, tidak akan pernah capek (letih),” kata wanita itu.

Insiden terbaru kematian penyokong bola sepak itu turut menimbulkan pelbagai polemik di media Indonesia.Para netizen, pemerhati bola sepak serta pemimpin politik Indonesia mahukan tindakan agresif diambil demi masa depan bola sepak Indonesia.

Memetik kata-kata Ratu Tisha yang pastinya perlu dihayati para peminat bolasepak Indonesia:

“Kita semua sudah tahu betapa hebatnya suporter Jepang (Jepun) yang bersih-bersihkan stadium setelah (sekalipun pasukannya) kalah (dalam aksi Piala Dunia 2018).

“Tapi, ketika kita kalah yang levelnya barudi peringkat liga tempatan atau Asia, jangankan (untuk) membersihkan sampah, malah kita melemparnya (kepada pemain lawan),” katanya.

Bekas pemain Selangor yang juga kini pemain kelab Persija Jakarta, Bambang Pamungkas yang kesal dengan kejadian terbaru itu berkata sukan bola sepak tidak perlu lagi diadakan di Indonesia jika kejadian pergaduhan membawa kematian itu berterusan berlaku.

“Agak ngilu sih bayangin tidak ada sepak bola di Republik, tapi saya setuju,” kata Bambang dalam entri Twitternya.– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7783

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5399

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news