Pengerusi Bersatu Sarawak sifatkan Belanjawan prihatin terhadap negeri ini 0 5888

KUCHING: Prihatin terhadap keperluan pembangunan di Sarawak.

Itulah rumusan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berkenaan Belanjawan 2020 Kerajaan Persekutuan yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat Jumaat lalu.

Beliau berkata pada tahun ini, buat pertama kalinya, kerajaan Pakatan Harapan menggandakan kadar pemberian untuk kedua-dua negeri.

Namun, untuk rekod dalam pembentangan Belanjawan 2020 oleh Gun Eng, pemberian khas kepada Sarawak ialah RM32 juta manakala Sabah menerima RM 53.4.

Kadar pemberian khas adalah RM64 juta untuk Sarawak dalam tempoh lima tahun berbanding Sabah RM106.8 juta.

“Pemberian khas untuk Sarawak dalam Belanjawan sebelum juga ini tidak pernah disemak sejak tahun 1969 secara langsung,” katanya dalam satu kenyataan.

Jaziri berkata pembangunan jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa berjumlah RM224 juta untuk Sarawak akan membantu menaik taraf sosioekonomi penduduk luar bandar.

“RM4.4 bilion perbelanjaan pembangunan, mencatat jumlah tertinggi dalam sejarah Sarawak. Pada tahun lepas ia berjumlah RM4.346 billion dan tahun sebelumnya 4.336 bilion,” jelasnya.

Belanjawan 2020 juga menyaksikan sejumlah RM250 juta diperuntukkan bagi menyediakan akses jalur lebar melalui teknologi satelit yang melibatkan Sabah dan Sarawak melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) dalam memperkasakan perhubungan di kawasan luar bandar di Sarawak.

Dalam pada itu, bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar, sejumlah RM470 juta diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak bagi memenuhi sasaran 99 peratus akses kepada air bersih melibatkan lebih 7,500 penduduk penduduk Sarawak yang akan mendapat manfaat.

Jaziri seterusnya berkata Belanjawan 2020 jelas menampilkan keprihatinan kerajaan, dengan penduduk Sarawak terutamanya di luar bandar ialah prioriti utama dalam usaha kerajaan membawa Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Melalui Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di Sabah dan Sarawak, dengan peruntukkan sebanyak RM500 juta, ia akan memberi manfaat kepada lebih 30,000 isi rumah luar bandar,” katanya lagi dalam kenyataan seperti dipetik Bernama.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news