Tun Taib tokoh banyak berjasa kepada Sarawak, negara 0 6629

MIRI: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud sebagai tokoh kepemimpinan yang banyak berjasa kepada negeri dan negara.

Jelasnya, semenjak Sarawak diberi kuasa pemerintahan sendiri pada Julai 1963 dan penubuhan Malaysia 56 tahun lalu, Tun Taib telah menunjukkan keupayaan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa, keturunan dan pegangan agama di Sarawak.

“Perpaduan rakyat Sarawak telah lama dipupuk dan diperkukuhkan di bawah kepimpinan Tun Taib selama tempoh Tun menjadi Ketua Menteri Sarawak dari tahun 1981 hingga 2014,” katanya.

Tun Taib menjadi Ketua Menteri selama 33 tahun dari 1981 hingga 2014 sebelum dilantik ke jawatan sekarang.

Beliau berkata demikian pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-83 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Stadium Miri, semalam.

“Malah, beliau juga telah menunjukkan ketokohan sebagai pemimpin kerajaan yang bersifat ‘visionary’ dalam usaha membawa pembangunan jangka panjang kepada Sarawak dan rakyatnya dengan program perindustrian yang menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui,” katanya lagi.

“Sempena dengan sambutan hari jadi ke-83 Tun Taib, kita berdoa agar Allah SWT sentiasa memelihara keselamatan dan kesihatan Tun dan Toh Puan dan terus menjadi payung keharmonian dan kemakmuran Negeri Sarawak,” katanya.

Ketua Menteri berkata, kehadiran masyarakat di sekitar Miri pada sambutan itu melambangkan perpaduan dan penyatuan rakyat Sarawak tidak kira bangsa dan agama. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news