Pengiran Bala ketua jurulatih baru Sarawak 0 6421

KUCHING: Teka teki siapa yang bakal membimbing pasukan Sarawak pada musim depan akhirnya terjawab selepas Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengesahkan pelantikan Pengiran Bala sebagai ketua jurulatih baru pasukan itu.

Pelantikan Pengiran, 56, diumumkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais ketika ditemui hari ini.

Pengumuman itu sekali gus menamatkanspekulasi kencang bermain di media sosial bahawa bekas ketua jurulatih, Abdul Jalil Rambli akan dilantik semula sebagai pengendali baru Sarawak.

“FAS sebulat suara bersetuju untuk melantik Pengiran Bala sebagai ketua jurulatih baru pasukan Sarawak bagi menghadapi kempen Liga Premier musim depan. Beliau akan dibantu jurulatih Safri Amit dan Mohamad Denny Da’ail.

“Selain itu, kita juga mengumumkan pelantikan Awang Mahyan Awang Mohamed sebagai penasihat pasukan dan Datuk Ed Sullaiman Ahmad sebagai pengurus pasukan,” katanya.

Posa (tengah) bersama Timbalan Presiden FAS, Datuk Awang Daud Awang Putera (kiri) dan Setiausaha Agung FAS, Jefry Lana ketika mengumumkan pelantikan ketua jurulatih baru Sarawak hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun FAS belum memutuskan senarai jurulatih yang akan mengemudi skuad Piala Presiden dan Piala Belia Sarawak.

Jelasnya, FAS masih dalam proses penilaian sebelum membuat keputusan dalam masa terdekat.Menurutnya lagi, lokasi bagi perlawanan Piala Presiden pada musim depan juga masih belum diputuskan meskipun sebelum ini pihaknya bercadang untuk melangsungkannya di Miri.

“Kita masih belum memuktamadkan venue(tempat) untuk melangsungkan perlawanan Piala Presiden kerana belum mendapat pengesahan rasmi dari pihak FAM.

“Ketika ini dua venue dalam pertimbangan iaitu di Miri atau Bintulu,” katanya sambil menambah perlawanan bagi Piala Belia akan dikekalkan di Kuching.

Mengenai pembentukan pasukan baru Liga Premier Sarawak, Posa berkata senarai lengkap pemain pasukan itu akan di ketahui selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.

FAS akan mengadakan sesi pemilihan pemain bermula 21 November ini bertempat di Stadium Negeri, Petra Jaya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7777

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5392

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news