Pengorbanan Sarawak cukup besar untuk Sarawak 0 6060

Seiring 55 tahun merdeka dan penyertaannya sebagai ‘rakan kongsi’ penubuhan Malaysia, Sarawak memohon layanan lebih adil setimpal dengan pengorbanannya terhadap kemajuan negara ini, terutama dalam konteks pengurusan sumber aslinya.

Malah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tidak pernah mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA1974), selain akta berkenaan tidak mampu memansuhkan Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO1958) yang wujud sekian lama.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata sebelum pembentukan Malaysia 55 tahun lalu, Sarawak sudah memiliki  undang-undang pentadbiran dan pengurusan sumber aslinya sendiri, terutama membabitkan minyak dan gas.
 
OMO 1958 tidak pernah dimansuhkan dan Sarawak tidak pernah bersetuju terhadap mana-mana peruntukan undang-undang Persekutuan yang mengatasi kuasa OMO 1958 seperti mana terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Justeru, apa sahaja perkara membabitkan hak negeri terpakai sekiranya diluluskan DUN Sarawak, malah perkara itu perlu dihormati oleh semua pihak, termasuk kepemimpinan Pusat.

“Sarawak tidak pernah menyatakan persetujuan terhadap PDA 1974 yang diluluskan Parlimen dan kerajaan negeri kekal mempertahankan OMO 1958,” katanya dalam ucapan di Dataran Perayaan sempena Hari Kemerdekaan Sarawak Ke-55, di sini hari ini.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15402

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news