Penjenayah paling dikehendaki diberkas Polis di Miri 0 5827

  
MIRI: Polis telah berjaya menahan seorang suspek lelaki tempatan yang paling dikehendaki kerana penglibatan dalam pelbagai kes jenayah di sini.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata, suspek berumur 30 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di Jalan Taman Piasau pada pukul 12.15 tengahari Sabtu bersama pelbagai barangan dipercayai daripada kes pecah rumah.

“Dengan tertangkapnya suspek, polis yakin berjaya menyelesaikan 15 kes pecah rumah serta curi kenderaan di bandaraya Miri,”katanya dalam satu kenyataan di sini Ahad.

Lim berkata, selain kes pecah rumah serta curi kenderaan suspek juga dikehendaki untuk kes kesalahan berkaitan dadah dan ugutan jenayah.

“Suspek telah ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan bagi mengesan rakan-rakannya yang masih bebas,” katanya.

Jelas Lim, antara barangan yang turut dirampas ialah Mykad, kad kredit, kad debit milik mangsa pecah rumah serta, peralatan yang digunakan untuk pecah rumah dan mencuri. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15077

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8374

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news