Kerajaan Negeri Sarawak Tidak Perlu Memfailkan Tuntutan Di Mahkamah Tinggi Sebaliknya Petronas Perlu Berbuat Demikian 0 5567

KUCHING – Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Kerajaan Negeri Sarawak tidak perlu memfailkan kes tuntutan ke atas minyak dan gas di negeri ini di Mahkamah Tinggi.

Sebaliknya, Petroliam National Berhad (Petronas) yang perlu berbuat demikain, ujar Abdul Karim yang mempunyai latar belakang sebagai pengamal undang-undang.

Menurut Abdul Karim, Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai undang-undang khas yang terpakai iaitu Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak 1958 (OMO). 

Bagaimanapun, bagi Petronas, undang-undang tersebut adalah tidak terpakai. 

β€œJadi, kenapa pula kita patut membawa perkara ini ke mahkamah? Yang berasakan OMO tidak terpakai adalah Petronas, jadi mereka yang patut membawa ke mahkamah,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Pusat Konvensyen Penview (PCC), Demak Laut di sini semalam. 

Ketika ini, Petronas mula merasai tekanan apabila bermula 1 Julai ini, mereka terpaksa akur kepada peraturan untuk mendapatkan permit daripada Petroleum Sarawak (PETROS) – syarikat minyak dan gas milik kerajaan negeri jika mahu mengekstrak minyak dan gas dari perairan Sarawak. 

Beliau menegaskan, jika syarikat minyak dan gas nasional itu meneruskan operasi mengekstrak minyak dan gas di Sarawak tanpa mendapatkan permit, maka kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mengambil tindakan sewajarnya. 

β€œKalau Petronas berbuat demikian, maka mereka telah melanggar undang-undang kita dan sudah pasti, ini akan membawa penalti,” katanya–SarawakToday

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15108

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8380

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news