Penonton cemas penerjun terbabas ke balkoni Wisma Sanyan di Sibu 0 5943

SIBU: Para penonton acara terjun Sibu International BASE Jump 2018 yang membanjiri Dataran Sibu seawal 8 pagi tadi, cemas apabila salah seorang penerjun terbabas ke balkoni di tingkat 16 Wisma Sanyan ketika melakukan terjunan.

Bagaimanapun, penerjun Kanada yang dikenali sebagai Aaron Major yang berusia 52 tahun tersebut sempat berpaut pada besi balkoni bangunan 27 tingkat (126 meter tinggi) sebelum memanjatnya untuk menyelamatkan diri.

Residen Bahagian Sibu, Charles Siaw mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi
“Saya ada bercakap dengan beliau selepas insiden itu dan beliau berada dalam keadaan baik. Beliau memberitahu kejadian berlaku kerana posisi badannya yang salah dan bernasib baik dapat berpaut pada besi di balkoni,” katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp.

Sibu International Base Jump 2018 edisi ke-10 tahun itu anjuran Pejabat Residen Bahagian Sibu dengan kerjasama Malaysia BASE Association yang telah berjaya menarik penyertaan 34 penerjun antarabangsa tujuh penerjun wanita berakhir petang semalam.

Diadakan sejak Jumaat lalu, acara itu adalah untuk menarik pelancong datang ke Bahagian Sibu dan kawasan tengah Sarawak. — BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13957

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13121

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news