TMJ: Cadangan had umur kahwin 14 tahun betul-betul gila 0 5954

Cadangan seorang mufti agar had umur minimum perkahwinan perempuan diturunkan kepada 14 tahun adalah tidak masuk akal sama sekali, kata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Jadikan umur perkahwinan untuk kanak-kanak perempuan kepada 14 tahun sebagai sah? Apa yang sedang berlaku di negara ini? Ini betul-betul gila,” katanya dalam satu posting di Twitternya hari ini.

Beliau merujuk saranan yang dibuat oleh mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar semalam, yang tidak bersetuju had umur minimum perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun.

Aziz dilapor berkata, individu patut dibenarkan berkahwin awal sesuai dengan hukum syarak, malah mencadangkan had usia diturunkan kepada 14 tahun bagi remaja perempuan dan 16 tahun bagi lelaki.

“Apa yang penting prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan mesti ngan seorang mufti agar had umur minimum perkahwinan perempuan diturunkan kepada 14 tahun adalah tidak masuk akal sama sekali, kata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Jadikan umur perkahwinan untuk kanak-kanak perempuan kepada 14 tahun sebagai sah? Apa yang sedang berlaku di negara ini? Ini betul-betul gila,” katanya dalam satu posting di Twitternya hari ini.

Beliau merujuk saranan yang dibuat oleh mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar semalam, yang tidak bersetuju had umur minimum perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun.

Aziz dilapor berkata, individu patut dibenarkan berkahwin awal sesuai dengan hukum syarak, malah mencadangkan had usia diturunkan kepada 14 tahun bagi remaja perempuan dan 16 tahun bagi lelaki.

“Apa yang penting prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan mesti melalui mahkamah dan diperketatkan SOP.

“Saya malah cadang diturunkan umur kepada 14 tahun untuk perempuan dan lelaki 16 tahun. Bawah daripada umur itu perlu dapatkan kebenaran khas mahkamah,” katanya seperti dilaporkan.

Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan bercadang menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun, berikutan beberapa kes perkahwinan bawah umur yang menjadi berita utama di negara ini.

Tunku Ismail juga berkata beliau percaya isu ini akan dibawa kepada Persidangan Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan.

‘Bukan semua mengenai seks’

Sementara itu, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata beliau kesal dengan cadangan mufti berkenaan.

“Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada tahun 2011 ada menyebut bahawa perkahwinan bawah umur mendatangkan lebih banyak mudharat daripada kebaikan.

“Sekiranya berlaku gejala sosial di mana remaja terdedah kepada tingkah laku seks luar nikah di peringkat umur yang muda, maka masalah itu harus dipersoal kepada institusi agama dan keberkesanan program dakwah mereka,” kata Fuziah. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news