Penunggang motosikal Maut dirempuh pikap hilang kawalan 0 5585

LAWAS: Seorang penunggang motorsikal maut, manakala seorang pelajar perempuan parah apabila dirempuh sebuah pikap dalam kejadian di Jalan Lawas Damit, Kampung Batu Mulong, malam Selasa.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam itu menyebabkan mangsa, Lois Jabli, 26, dari Kampung Tang Itong maut di lokasi.

Manakala seorang lagi pelajar sekolah menengah Frences, 17, yang sedang duduk di perhentian bas, cedera kaki kanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata hasil siasatan awal ditempat kejadian mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu pikap yang gagal mengawal kenderaan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Pemandu pikap datang dari arah Kampung Long Sebangan menuju ke Jalan Lawas Damit gagal mengawal kenderaan lalu memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal yang datang dari arah bertentangan, sebelum merempuh pelajar perempuan yang berada di perhentian bas terbabit,” katanya.

Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Lawas dan seterusnya ke Hospital Kota Kinabalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news