Enam lelaki ditangkap polis kerana bermain “Holo” 0 6991

KUCHING: Enam sahabat dicekup polis ketika sedang leka meneka biji ‘Holo’ di sebuah premis yang dijadikan pejabat Lembaga Pengurusan Sekolah di pekan Buso, Bau sekitar pukul 10.45 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata serbuan tersebut adalah susulan laporan awam yang mengesyaki berlaku kegiatan perjudian di premis tersebut.

“Semasa serbuan dilakukan didapati keenam-enam suspek sedang duduk di hadapan sebuah meja di mana didapati terdapat satu helai kain tertera gambar ayam, ketam, harimau, labu, udang dan ikan.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati terdapat satu ‘kong’ holo di mana terdapat tiga biji dadu yang tertera gambar-gambar yang sama seperti pada kain tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, keenam-enam suspek yang berusia 32 hingga 51 tahun kemudian ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Turut dirampas ialah wang tunai berjumlah RM1,744,” kata Poge. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12928

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12216

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news