GPS masih di landasan yang betul untuk mentadbir Sarawak 0 5895

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang kini memimpin Sarawak masih di landasan yang betul untuk mentadbir Sarawak dan bukannya seperti yang didakwa oleh Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng.

Menurut Kementerian Kewangan dan Perancangan Ekonomi Sarawak dalam satu kenyataan hari ini, Kerajaan Sarawak di bawah GPS merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dengan mengamalkan dan mematuhi prinsip pengurusan kewangan yang berdisiplin.

Tambah kenyataan tersebut, Sarawak juga mendapat pengiktirafan sepenuhnya daripada Ketua Audit Negara selama 17 tahun berturut.

Selain itu, agensi penarafan antarabangsa seperti Moody’s dan Standard and Poor’s juga telah mengesahkan taraf kedudukan kredit Sarawak pada tahap A3 dan A- masing – masing.

Oleh itu, pencapaian tersebut adalah bukti jelas bahawa Sarawak sentiasa mempunyai pengurusan kewangan yang mantap berteraskan perbelanjaan yang berhemah dan pengurusan kewangan yang berdisiplin di setiap peringkat.

Tegas kenyataan tersebut lagi, Kerajaan Sarawak mencatatkan lebihan belanjawan untuk beberapa tahun ekoran hasil yang melebihi perbelanjaan.

Manakala lebihan belanjawan yang berterusan telah memberi keupayaan kepada Sarawak untuk memperkukuhkan rizab kewangan nya. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13435

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12905

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news