Penyokong parti komponen GPS dinasihatkan untuk mengelakkan bergaduh 0 5886

KOTA SAMARAHAN, Nov 12: Penyokong parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) mesti mengelakkan bergaduh sesamamereka sendiri dalam parti seperti yang berlaku pada penyokong parti politik dari Semenanjung di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata demikian kerana beliau mahu semua parti komponen GPS yang semuanya berasal dari negeri ini sentiasa dalam keadaan yang baik dan aman.

“Jangan bergaduh-gaduh diantara kita; kalau parti lain bergaduh biarlahnya, jangan parti Sarawak bergaduh.

Parti Malaya bergaduh mana katanyalah bergaduh,” katanya ketika menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-2 Majlis Perbandaran Kota Samarahan, di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini, semalam.

Majlis tersebut juga dihadiri Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Dato Sri Mohammad Ali Mahmud serta Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Datuk Peter Minos.

Abang Johari berkata daripada bergaduh seperti penyokong parti dari Semenanjung adalah lebih baik penyokong parti komponen GPS menumpukan masa dan tenaga mereka memikirkan bagaimana menaiktaraf kehidupan rakyat Sarawak.

Katanya ini terutamanya kehidupan rakyat diluar bandar negeri ini sambil mendedahkan enam bulan lepas merasai sendiri pengalaman memandu Jalan Simunjan yang tidak rata dan perlu dinaiktaraf.

“Saya pergi Simunjan guna motosikal enam bulan yang lepas. Jalan Simunjan bergelombang macam musim landas di laut,” katanya.

Abang Johari berkata keadaan jalan tersebut adalah disebabkan tanah gambut dan bagi mengatasi masalah itu Jalan Simunjan perlukerap dilakukan kerja penurapan semula.

“Sebab itu dalam masa lima tahun, kita akan menaiktaraf jalan dari Samarahan ke Simunjan sehingga Sebuyau,” katanya.

Disamping itu, bagi mengatasi masalah kesesakkan lalulintas di Kota Samarahan, tiga lampu isyarat akan dibina di tiga bulatan besar utama Kota Samarahan dan dilaksanakan secepat mungkin tahun depan.

“Tiga lampu isyarat terbabit akan serentak menyalakan lampu hijau, supaya kenderaan bergerak serentak dan seterusnya mengelakkan berlakunya kesesakan,” katanya, dengan ini diharapkan menjadi penyelesaian segera bagi masalah kesesakkan lalulintas di Kota Samarahan. — DayakDaily

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13861

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13027

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news