KOTA SAMARAHAN: Dua adik beradik berusia 13 dan 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas perahu yang dikatakan dinaikimereka karam di Sungai Pelaie, di sini sekitar tengah hari tadi ditemui mati lemas.
Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1.09 petang.
Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Mohd Nazim Nur Aiman,13, dan Mohd Haziq Nur Aiman,15.”Komander operasi melaporkan mangsa pertama (Haziq) dijumpai pada jam 2.45 petang dan adiknya (Hazim) dijumpai pada jam 3 petang oleh penduduk kampung serta bomba,” katanya.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai ahli keluarga dan penduduk kampung tamat sepenuhnya padajam 3.20 petang.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat. -Utusan Borneo Online