Bayi 28 hari mati disyaki didera, pasangan suami isteri diberkas 0 6066

KUCHING: Sepasang suami isteri ditangkap pada Selasa untuk membantu siasatan kes bayi perempuan berusia 28 hari yang meninggal dunia, disyaki didera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai berkata mangsa dibawa oleh suspek lelaki iaitu bapa mangsa, 29, untuk pemeriksaan di sebuah klinik di Samarindah, Kota Samarahan sekitar pukul 3.15 petang Isnin.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia.

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati bayi terbabit mengalami kecederaan di kepala menyebabkan ibu bapanya ditangkap untuk siasatan lanjut,” kata Leong kepada Utusan Borneo hari ini.

Leong berkata suspek lelaki ditahan reman selama tujuh hari manakala ibu mangsa, 41, direman selama sehari untuk membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13147

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12618

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news