Perkhidmatan RELA ditamatkan 1 September? 0 6034

Tular satu surat rasmi dari Pejabat Sukarelawan Malaysia (RELA) tentang penamatan penugasan kawalan keselamatan bagi anggota RELA di pusat khidmat komuniti RELA di seluruh negara.

Surat rasmi itu yang bertarikh 30 Julai 2018 menyatakan semua penugasan anggota RELA yang berbayar ditamatkan berkuat kuasa 1 September 2018.

Menurut surat rasmi itu juga, sebanyak 98 pusat pusat khidmat komuniti yang akan terkesan dengan penamatan khidmat RELA tersebut

Surat rasmi yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Operasi, PjR Mohamad Razib bin Buhaini bagaimanapun menyatakan anggota RELA boleh meneruskan tugas-tugas yang tidak melibatkan elaun (kerja free).

Sebelum ini ketika pemerintahan di bawah Barisan Nasional telah berjanji akan menaikkan elaun anggota RELA daripada RM6 kepada RM8 sejam manakala RM7.80 kepada RM9.80 sejam bagi pegawai sepertimana yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun penambahbaikan itu tidak kesampaikan kerana Pakatan Harapan yang menang pada PRU 14 tidak mahu merealisasikan kenaikan elaun tersebut.

Nampaknya 3.05 juta anggota dan pegawai RELA di seluruh negara berputih mata dengan tidak realisasinya kenaikan elaun dan terbaru arahan penamatan yang dikeluarkan ini? Terimalah dengan hati yang terbuka. Malaysia telah memilih.

© Perkhidmatan RELA ditamatkan 1 September – Abu Leman

Sumber: https://abuleman.blogspot.com/2018/08/perkhidmatan-rela-ditamatkan-1-september.html?m=1

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13522

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news