Perkongsian hasil dengan Sabah, Sarawak bergantung kedudukan ekonomi – Lim Guan Eng 0 5971

KUALA LUMPUR: Perkongsian hasil kerajaan untuk Sabah dan Sarawak bergantung kepada kedudukan kewangan serta ekonomi negara.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ketika ini kedudukan fiskal kewangan tidak mengizinkan kerajaan melaksanakan perkongsian hasil itu.

Katanya, ini kerana kedudukan ekonomi sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran menunjukkan ia belum dapat dilaksanakan.

“Suka atau tidak, rela atau tidak, skandal besar yang berlaku ini sememangnya sudah menjejaskan kedudukan ekonomi.

“Kenyataan dan hakikat ini adalah berdasar angka dan fakta, kita kena menghadapinya serta berusaha secara bersama mengatasinya,” katanya menjawab soalan tambahan Wong Chen (PH-PKR Subang) mengenai tempoh masa pelaksanaan perkongsian hasil kerajaan dengan Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, menjawab soalan asal Wong Chen mengenai perkongsian hasil itu, Guan Eng berkata Kerajaan Persekutuan akan sentiasa cuba memenuhi tuntutan dan hak kerajaan negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Namun, katanya perkara itu tertakluk kepada kemampuan dan kedudukan hasil kerajaan, malah turut dijelaskan oleh Perdana Menteri ketika mempengerusikan Majlis Kewangan Negara pada 7 Jun lalu.

“Untuk itu, selaras dengan Teras 4 Buku Harapan, mesyuarat Kabinet pada 5 September 2018 sudah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963 dan mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan hak dan autonomi Sabah serta Sarawak.

“Jawatankuasa Khas Kabinet ini dilaksanakan melalui tiga peringkat iaitu Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kerja yang masing-masing dipengerusikan Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) dan dianggotai oleh pakar bidang tertentu, ” katanya.

Beliau menjelaskan, jawatankuasa itu akan memberi keutamaan kepada prinsip keadilan dan kesaksamaan bagi memastikan semua pihak mendapat keadilan seperti yang diperuntukkan di sisi undang-undang negara demi menegakkan kedaulatan undang-undang negara. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news